Wednesday 18 June 2014

Fynn Jamal - Arjuna Beta (Lyrics)

... 20 Sunnah Rasulullah SAW Yang Sering Di Lupakan ...

Bismillahhirrahmanirrahim
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

                                                            ...  MATI ? ...
 
Kanak-ii pun mengerti apa itu MATI . Kita yang besar ni? Sibuk dengan urusan dunia ,dedah sana dedah sini aurat . Bertaubatlah sebelum terlambat.sesungguhnya Allah Maha 
Pengampun


               ...  Hidup Di Dunia Hanyalah Sementara Akhiratlah Tempat Yang Kekal Abadi ...


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hidup di dunia ini adalah sementara waktu sahaja dan hidup di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Nabi SAW menganggap bahawa jarak dunia ini dengan hari akhirat adalah seperti memejamkan mata.
Jabir bin Abdullah berkata : "Pada suatu hari sewaktu saya bersama baginda Rasulullah SAW. maka tiba-tiba datang seorang lelaki yang berwajah putih bersih, rambutnya sangat cantik dan dia memakai pakaian yang putih. Lantas dia menghampiri Rasulullah SAW. dengan berkata : "Assalamualaikum ya Rasulullah, apakah ertinya dunia itu?
Maka Rasulullah SAW. pun berkata : " Dunia itu adalah impian orang yang tidur"
Bertanya orang itu lagi : "Apakah ertinya akhirat itu ya Rasulullah SAW.?"
Berkata Rasulullah SAW. : " Satu kumpulan manusia yang berada dalam Syurga dan satu kumpulan lagi berada di dalam Neraka Sa'ir"
Orang itu bertanya lagi : "Apakah Syurga itu?"
Berkata Rasulullah SAW. : "Sebagai ganti dunia untuk mereka yang menjauhkan dunia, kerana sesungguhnya nilai harga Syurga itu sama dengan menjauhkan dunia ini"
Bertanya orang itu lagi ; "Apakah Jahannam itu?"
Maka berkata Rasulullah SAW : "Jahannam itu adalah sebagai ganti dunia bagi mereka-mereka yang mencarinya."
Bertanya orang itu lagi : "Siapakah sebaik-baik umat ini?"
Berkata Rasulullah SAW : "Sebaik-baik umat ialah yang taat kepada Allah SWT".
Orang itu bertanya lagi : "Bagaimana yang dikatakan orang yang taat itu?"
Berkata Rasulullah SAW : "Orang yang berusaha bersungguh-sungguh sebagaimana orang mencari kafilah."
Orang itu bertanya lagi : "Seberapakah ketentuan taat itu?"
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Seperti kira-kira perbezaan dari kafilah"
Bertanya orang itu lagi : "Berapa jarak jauhnya Dunia dengan akhirat itu?"
Berkata Rasulullah SAW : "Hanya sekadar memejamkan mata saja."
Jabir melanjutkan cerita : "Setelah orang itu pergi kami tidak lagi melihat orang itu seperti itu."
Rasulullah SAW bersabda maksudnya ; "Orang lelaki yang datang tadi adalah Jibril a.s., dia datang kepada kamu supaya kamu semua menjauhkan diri dari dunia dan supaya kamu mencintai akhirat."
Berkata Rasulullah SAW lagi : "Sesungguhnya Allah SWT. tidak menciptakan makhluk yang lebih dibenci selain dunia, bahkan Dia (Allah) tidak melihatnya sejak menciptakannya".


Dunia ini adalah alam khayalan yang mana satu masa nanti ianya akan musnah, jadi apalah gunanya kita mengejar dunia setelah kita tahu bahawa akhirat sahaja yang kekal. Orang yang mengejar dunia iaitu mencari harta dunia dan mencari pangkat dan kedudukan sekiranya ia melupakan akhirat semasa ia mencarinya dan tidak peduli halal atau haram atau merampas hak orang lain sebenarnya ia sedang di kuasai oleh dunia dan akan hanyut dibawa arus kebinasaan. Tetapi sekiranya seseorang mencari harta di dunia ini dengan mengikut peraturan Allah SWT , tidak melupakan kewajipan terhadap-Nya, tidak menipu, menindas, mengambil rasuah dan tidak mengambil hak orang lain maka harta itu akan membawa keberkatan dan disalurkan pula harta itu untuk membayar zakat, memberi sedekah jariah, infak di jalan Allah dan membantu fakir miskin maka harta itu sebagai alat yang akan membantunya.




                                      
                                   ... 20 Sunnah Rasulullah SAW Yang Sering Di Lupakan  ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sunnah adalah segala sesuatu yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam baik perkataan, perbuatan, ataupun persetujuan. Sunnat pula berarti sesuatu yang pelakunya mendapat pahala dan tidak ada dosa bagi yang meninggalkannya. Di antara perbuatan sunnah yang jarang dilakukan kaum muslimin adalah sebagai berikut:

1. Mendahulukan Kaki Kanan Saat Memakai Sandal Dan Kaki Kiri Saat Melepasnya
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Jika kalian memakai sandal maka dahulukanlah kaki kanan, dan jika melepaskannya, maka dahulukanlah kaki kiri. Jika memakainya maka hendaklah memakai keduanya atau tidak memakai keduanya sama sekali.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
2. Menjaga Dan Memelihara Wuduk.
Diriwayatkan dari Tsauban radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Istiqamahlah (konsistenlah) kalian semua (dalam menjalankan perintah Allah) dan kalian tidak akan pernah dapat menghitung pahala yang akan Allah berikan. Ketahuilah bahawa sebaik-baik perbuatan adalah solat, dan tidak ada yang selalu memelihara wuduknya kecuali seorang mukmin.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
3. Bersiwak (Menggosok Gigi dengan Kayu Siwak)
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Siwak dapat membersihkan mulut dan sarana untuk mendapatkan redha Allah.” (HR. Ahmad dan An-Nasa`i)
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam juga bersabda, “Andaikata tidak memberatkan umatku nescaya aku memerintahkan mereka untuk bersiwak setiap kali hendak solat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Bersiwak disunnahkan setiap saat, tetapi lebih sunnah lagi saat hendak berwuduk, solat, membaca Al-Quran, saat bau mulut berubah, baik saat berpuasa ataupun tidak, pagi maupun petang, saat bangun tidur, dan hendak memasuki rumah.
Bersiwak merupakan perbuatan sunnah yang hampir tidak pernah dilakukan oleh banyak orang, kecuali yang mendapatkan rahmat dari Allah. Untuk itu, wahai saudaraku, belilah kayu siwak untuk dirimu dan keluargamu sehingga kalian boleh menghidupkan sunnah ini kembali dan nescaya kalian akan mendapatkan pahala yang sangat besar.
4. Solat Istikharah
Diriwayatkan dari Jabir radhiyallahu anhu bahawa ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam mengajarkan kepada kita tata cara solat istikharah untuk segala urusan, sebagaimana baginda mengajarkan surat-surat Al-Qur`an kepada kami.” (HR. Al-Bukhari)
Oleh kerana itu, lakukanlah solat ini dan berdoalah dengan doa yang sudah lazim diketahui dalam solat istikharah.
5. Berkumur-Kumur Dan Menghirup Air dengan Hidung Dalam Satu Cedukan Telapak Tangan Ketika Berwuduk
Diriwayatkan dari Abdullah bin Zaid radhiyallahu anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam berkumur-kumur dan menghirup air dengan hidung secara bersamaan dari satu ceduk air dan itu dilakukan sebanyak tiga kali. (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
6. Berwuduk Sebelum Tidur Dan Tidur Dengan Kedudukan Miring Ke Kanan
Diriwayatkan dari Al-Barra’ bin Azib radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Jika kamu hendak tidur, maka berwuduklah seperti hendak solat, kemudian tidurlah dengan kedudukan miring ke kanan dan bacalah, ‘Ya Allah, Aku pasrahkan jiwa ragaku kepada-Mu, aku serahkan semua urusanku kepada-Mu, aku lindungkan punggungku kepada-Mu, kerana cinta sekaligus takut kepada-Mu, tiada tempat berlindung mencari keselamatan dari (murka)-Mu kecuali kepada-Mu, aku beriman dengan kitab yang Engkau turunkan dan dengan nabi yang Engkau utus’. Jika engkau meninggal, maka engkau meninggal dalam keadaan fitrah. Dan usahakanlah doa ini sebagai akhir perkataanmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
7. Berbuka Puasa Dengan Makanan Ringan
Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam berbuka puasa sebelum solat maghrib dengan beberapa kurma basah. Jika tidak ada maka dengan beberapa kurma kering. Jika tidak ada, maka baginda hanya meminum beberapa teguk air.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
8. Sujud Syukur Saat Mendapatkan Nikmat Atau Terhindar Dari Bencana
Sujud ini hanya sekali dan tidak terikat oleh waktu. Diriwayatkan dari Abu Bakrah radhiyallahu anhu ia berkata, “Jika Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam mendapatkan sesuatu yang menyenangkan atau disampaikan kabar gembira maka baginda langsung sujud dalam rangka bersyukur kepada Allah.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
9. Tidak Begadang Dan Segera Tidur Selesai Solat Isya`
Hal ini berlaku jika tidak ada keperluan saat begadang. Tetapi jika ada keperluan, seperti belajar, mengubati orang sakit dan lain-lain maka itu diperbolehkan. Dalam hadis sahih dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam tidak suka tidur sebelum solat Isya` dan tidak suka begadang setelah solat Isya`.
10. Mengikuti Bacaan Muadzin
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amr radhiyallahu anhu bahawa dia mendengar Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Jika kalian mendengar azan, maka ucapkanlah seperti yang diucapkan oleh muazin, kemudian berselawatah kepadaku. Barangsiapa yang berselawat kepadaku, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.Kemudian mintakan wasilah untukku, kerana wasilah merupakan tempat di syurga yang tidak layak kecuali bagi seorang hamba Allah dan aku berharap agar akulah yang mendapatkannya. Barangsiapa yang memintakan wasilah untukku maka ia akan mendapatkan syafaatku (di akhirat kelak).” (HR. Muslim)
11. Berlomba-Lomba Untuk Mengumandangkan Azan, Bersegera Menuju Solat, Serta Berupaya Untuk Mendapatkan Shaf Pertama.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Andaikata umat manusia mengetahui pahala di balik azan dan berdiri pada saf pertama kemudian mereka tidak mendapatkan bagian kecuali harus mengadakan undian terlebih dahulu nescaya mereka membuat undian itu. Andaikata mereka mengetahui pahala bergegas menuju masjid untuk melakukan solat, nescaya mereka akan berlomba-lomba melakukannya. Andaikata mereka mengetahui pahala solat isya dan subuh secara berjamaah, nescaya mereka datang meskipun dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
12. Meminta Izin Tiga Kali Ketika Bertamu
Jika tidak mendapatkan izin dari tuan rumah, maka sebaik-baiknya pulang kerumah. Namun, ramai sekali orang yang marah-marah jika mereka bertamu tanpa ada perjanjian sebelumnya, lalu pemilik rumah tidak mengizinkannya masuk. Mereka tidak boleh memaklumi, mungkin pemilik rumah memiliki uzur sehingga tidak boleh memberi izin. Allah Ta’ala berfirman, “Dan jika dikatakan kepadamu, “Kembalilah!” Maka (hendaklah) kamu kembali. Itu lebih suci bagimu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah. An-Nuur ayat 28)
Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda, “Adab meminta izin itu hanya tiga kali, jika tidak diizinkan maka seseorang harus pulang.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
13. Mengibaskan Seprai Ketika Hendak Tidur
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda,“Jika kalian hendak tidur, maka hendaknya dia mengambil ujung seprainya, lalu mengibaskannya dengan membaca basmallah, kerana dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi di atas kasurnya (tempat tidurnya) . Jika dia hendak merebahkan tubuhnya, maka hendaknya dia mengambil kedudukan tidur miring ke kanan dan membaca, “Maha Suci Engkau, ya Allah, Rabbku, dengan-Mu aku merebahkan tubuhku, dan dengan-Mu pula aku mengangkatnya. Jika Engkau menahan nyawaku, maka ampunkanlah ia, dan jika Engkau melepasnya, maka lindungilah ia dengan perlindungan-Mu kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.” (HR. Muslim)
14. Meruqyah Diri Dan Keluarga
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anha bahawa ia berkata, “Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam senantiasa meruqyah dirinya dengan doa-doa perlindungan ketika sakit, yaitu pada sakit yang menyebabkan wafatnya baginda. Saat baginda kritikal, akulah yang meruqyah baginda dengan doa tersebut, lalu aku mengusapkan tangannya ke anggota tubuhnya sendiri, kerana tangan itu penuh berkah.” (HR. Al-Bukhari)
15. Berdoa Saat Memakai Pakaian Baru
Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu anhu ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam jika mengenakan pakaian baru, maka baginda menamai pakaian itu dengan namanya, baik itu baju, serban, selendang ataupun jubah, kemudian baginda membaca, “Ya Allah, hanya milik-Mu semua pujian itu, Engkau telah memberiku pakaian, maka aku mohon kepada-Mu kebaikannya dan kebaikan tujuannya dibuat, dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan tujuannya dibuat.” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)
16. Mengucapkan Salam Kepada Semua Orang Islam Termasuk Anak Kecil
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru radhiyallahu anhu, ia menceritakan, ”Seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam, ‘Apa ciri keislaman seseorang yang paling baik?’Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menjawab, ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan dari Anas radhiyallahu anhu bahawa ia berkata, “Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam berjalan melewati kumpulan anak-anak, lalu baginda mengucapkan salam kepada mereka semua.” (HR. Muslim)
17. Berwuduk Sebelum Mandi Besar (Mandi Junub)
Diriwayatkan dari Aisyah radhiyallahu anhu, “Jika Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam ingin mandi hadas besar, maka baginda membasuh tangannya terlebih dahulu, lalu berwuduk seperti hendak solat, kemudian memasukkan jemarinya ke air dan membasuh rambutnya dengan air. Selanjutnya Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam menuangkan air tiga ceduk ke kepalanya dengan menggunakan tangannya, lalu menggusuk semua bagian tubuhnya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
18. Membaca ‘Amin’ Dengan Suara Keras Saat Menjadi Makmum
Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Jika imam membaca “Amin” maka kalian juga harus membaca “Amin” kerana barangsiapa yang bacaan Amin-nya bersamaan dengan bacaan malaikat maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa kaum salafus-soleh mengeraskan bacaan “Amin” sehingga masjid bergemuruh.
19. Mengeraskan Suara Saat Membaca Zikir Setelah Solat
Di dalam kitab Shahih Al-Bukhari disebutkan, “Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma mengatakan, mengeraskan suara dalam berzikir setelah orang-orang selesai melaksanakan solat wajib telah ada sejak zaman Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas juga mengatakan, “Aku mengetahui orang-orang telah selesai melaksanakan solat kerana mendengar zikir mereka.” (HR. Al-Bukhari)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, “Disunnahkan mengeraskan suara saat membaca tasbih, tahmid dan takbir setelah solat.”
Sunnah ini tidak dilakukan di banyak masjid sehingga tidak dapat dibezakan apakah imam sudah salam atau belum, kerana suasananya sepi dan hening. Caranya adalah imam dan makmum mengeraskan bacaan tasbih (Subhanallah), tahmid (Alhamdulillah) dan takbir (Allahu Akbar) secara sendiri-sendiri, bukan satu komando dan satu suara. Adapun mengeraskan suara ketika berzikir dengan satu komando, satu suara dan dipimpin oleh imam maka dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama. Ada yang mengatakan sunnah secara mutlak, ada yang memandang sunnah dengan syarat-syarat tertentu dan ada pula yang mengatakan bahawa zikir berjemaah adalah perbuatan bid’ah.
20. Membuat Pembatas Saat Sedang Solat Fardhu Atau Solat Sunat
Diriwayatkan dari Abu Said al-Kudri radhiyallahu anhu bahawa Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam bersabda, “Ketika kalian hendak solat, maka buatlah pembatas di depannya dan majulah sedikit, dan janganlah membiarkan seseorang lewat di depannya. Jika ada orang yang sengaja lewat di depannya, maka hendaknya dia menghalanginya kerana orang itu adalah syaitan.” (HR. Abu dawud dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan dari Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma, ia berkata, “Rasulullah menancapkan tombak di depannya, lalu solat di belakang tongkat itu.” (HR. Al-Bukhari)
Sunnah ini sering diabaikan, terutama saat melakukan solat sunat.
Wahai saudaraku! Jadilah seperti orang yang diungkapkan oleh Abdurrahman bin Mahdi, “Aku mendengar Sufyan berkata, ‘Tiada satu hadis pun yang sampai kepadaku kecuali aku mengamalkannya meskipun hanya sekali.”
Ibnu Rajab menuturkan, “Orang yang beramal sesuai ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa sallam, meskipun amal itu sangat kecil, maka itu akan lebih baik daripada orang yang beramal tidak sesuai dengan ajaran Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam meskipun dia sangat bersungguh-sungguh.”
Ya Allah, jadikanlah kami orang-orang yang mengikuti sunnah rasul-Mu dan mengikuti jejaknya. Ya Allah, kumpulkanlah kami dan kedua orang tua kami bersamanya di syurga wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.

                               
                               ~~~ CINTA AYAH SANGAT BERPENGARUH ~~~

Bismillahirrahmaanirrahiim... Assalamu'alaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh...


Bila Anda mengatakan tidak ada yang lebih menakjubkan dibandingkan melihat seorang ayah yang menggendong bayinya atau menggandeng anak balitanya dengan penuh kasih, Anda betul. Bila seorang ayah menggandeng anaknya dengan rasa kasih, maka jelas sekali ayah tersebut mengalirkan hormon yang kuat kepada anaknya.
Tingkat testosteron, hormon agresi menurun, tetapi tingkatan hubungan hormon oksitosin dan vasopresin meningkat dan merangsang rasa kedekatan. Pelukan mengandung keuntungan biologis, mengurangi stres, sakit jantung, tekanan darah tinggi, merangsang sistem kekebalan pada mereka yang memeluk ataupun yang dipeluk.



                             ... Doa-doa Mustajab Yang Perlu Di amalkan Setiap Hari ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat beberapa doa-doa yang akan muktabar dan yang akan mengikat hubungan hati kita dengan Allah SWT dan perlu kita amalkan di dalam kehidupan kita :

1. Doa pengikat kasih dan menyatukan kesefahaman :
أَنَّ النَّبِىَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلّمَ عَلَّمَهُ أَنْ يَقُولَ هَذَا الدُّعَاءَ
اَللَّهُمَّ أَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبَنَا، وَاصْلِحْ ذَاتَ بَيْنَنَا، وَاهْدِنَا سُبُلَ السَّلاَمَِ
وَنَجِّنَا مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ،وَجَنِّبْنَا الْفَوَا حِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ
وَبَارِكْ لَنَا فِى أَسْمَا عِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُلُوبِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَزُرِّيَتِنَا
وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

وَاجْعَلْنَا شَاكِرِيْنَ لِنِعْمَتِكَ، مُثْنِيْنَ بِهَا وَقَابِلِيْهَا وَأَتِمَّهَا عَلَيْنَا
Ya Allah, jalinkanlah hati kami dalam kasih sayang, dan damaikanlah selisih faham kami, dan bimbinglah kami ke jalan kesejahteraan serta bebaskanlah kami dari kegelapan kepada cahaya, jauhilah kekejian dari kami baik yang lahir maupun yang batin dan limpahkanlah kepada kami keberkatan baik mengenai pendengaran , pengelihatan dan hati nurani kami
dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha penyayang, serta jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas nikmatmu
serta sempurnakanlah kiranya kurnia itu bagi kami"

(Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ibnu Mas'ud)
2. Doa Nabi Daud a.s. : Doa memohon diberi pasangan hidup yang dicintai Allah :
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم
كَانَ مِنْ دُعَاءِ دَاوُدَ يَقُولُ
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى
وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ.
قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
إِذَا ذَكَرَ دَاوُدَ يُحَدِّثُ عَنْهُ قَالَ كَانَ أَعْبَدَ الْبَشَرِ .

Rasulullah SAW bersabda, diantara doa Nabi Daud adalah : “Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarkanku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin. ” Dan bila Rasulullah mengingat Nabi Daud baginda menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (Hadis Riwayat. Tirmidzi dari Abu Darda/3828)
3. Doa untuk menyatukan cinta :
اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبِّي فِى حُبِّهَا وَحُبَّهَا فِى حُبِّي وَاجْمَعْ
... حُبَّنَا فِي حُبِّكَ وَعَلىَ مَحَبَّتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

"Ya Allah! Jadikan cinta ku dalam mencintainya dan cintanya dalam mencintaiku dan satukan cinta kami dalam mencintai-Mu dan diatas kecintaan-Mu wahai Tuhan Maha Penyayang daripada yang menyayangi."
4. Doa memohon menjadi orang yang soleh :
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْتَعِيْنُكَ وَاَسْأَلُكَ اَنْ تَجْعَلَنِى مِنْ عِبَادِكَ الصَّلِحِيْنَ

"Ya Allah, Selawat keatas Nabi SAW. dan salam ke atas sahabat sekeliannya
Ya Allah, aku mohon pertolonganMu, jadikanlah aku dikalangan hamba-hambaMu yang soleh".

5. Doa memohon kebaikan :
اَللَّهُمَّ وَفِّقْنِى لِطَاعَتِكَ وَاتِّبَاعِ رَسُولِكَ وَالْبِرّ بِوَالِدَىّ وَحُسْنِ التَّلَقِّى مِنْ مَشَائِخِى
"Ya Allah, bantulah aku mentaatiMu ,dan mengikut RasulMu, dan berbuat kebaikan kepada
kedua ayah dan ibuku, dan berbaik-baik kepada guruku
yang membimbingku sampai kepadaMu"

6. Doa menetapkan pendirian :
اَللَّهُمَّ اَجْعَلْنِى مِنَ الْحُكَمَاءِ الْمُزَوِّدِيْنَ بِالْعِلْمِ مَعَ الإسْتِقَامَةِ
فِى عِبَادَتِكَ وَحُسْنِ شُكْرِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

"Ya Allah, jadkanlah aku hambamu yang bijaksana yang diberkati olehmu ilmu yang menjadikan teguh pendirianku dalam pengabdian padaMu dengan penuh rasa syukur atas segala nikmatMu wahai Tuhan yang amat Belas kasih dan Penyayang"
7. Doa memohon istiqamah dalam solat :
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
8. Doa Nabi Ibrahim a.s.: Doa memohon mendapat keturunan yang baik-baik :
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."
9. Doa Nabi Zakaria a.s. : Doa memohon keampunan :
رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku
serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Surah Ali-Imran ayat 38)

10. Doa yang afdhal di bulan Ramadan :
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اَلْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun,
dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.''
(Hadis Riwayat Tirmizi: 3513, Ibn Majah: 3119, Imam at-Tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih.)

11. Doa berlindung diri dari sifat-sifat buruk dan umur yang nyanyuk pinyuk :
اَللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ
وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ اَنْ اُرَدَّ اِلَى اَرْذَلِ الْعُمُرِ
وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا
وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقُبْرِ

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari sifat bakhil dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut. Dan aku berlindung padaMu akan dilanjutkan umur sampai umur tua pinyuk. Dan aku berlindung padaMu dari fitnah dunia. Dan aku berlindung padaMu dari azab seksa kubur."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

12. Doa memperelokkan amalan :
اللهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
”Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu. (Hadis Riwayat Abu Daud dan Al-Nasa’i)
13. Doa membaiki segala urusan :
اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِى دِينِىَ الَّذِى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى وَأَصْلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيهَا مَعَاشِى
وَأَصْلِحْ لِى آخِرَتِى الَّتِى فِيهَا مَعَادِى وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِى
فِى كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ

"Ya Allah perbaikilah bagiku agamaku sebagai benteng urusanku; perbaikilah bagiku duniaku yang menjadi tempat kehidupanku; perbaikilah bagiku akhiratku yang menjadi tempat kembaliku! Jadikanlah ya Allah kehidupan ini penambah kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai kebebasanku dari segala keburukan."
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita beramal dengan doa-doa di atas dalam usaha kita untuk memohon rahmat dan petunjuk daripada Allah SWT. Sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin yang perlu di amalkan dan di hayati di dalam kehidupannya setiap hari.



~ Ramai Lelaki Dayus? ~


 Siratul Mustakim -Jalan Menuju Ke Syurga
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam sebuah hadis yang panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

"Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia."
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah SAW dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan."
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Hadis Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)
Dalam hadis Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah SAW. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : "Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya."
Jadi di sini, disertakan cara-cara dan pantang larat sirat.
Rasulullah SAW. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
1. Banyakkan bersedekah
2. Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :
1. Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut."
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
Sahabat yang dikasihi,
Betapa dahsyatnya perbicaraan di hari akhirat , semua amalan akan dihisab dengan teliti dan halus dan tidak ada satu amalan pun yang tertinggal tidak dihisab melainkan mendapat keampunan daripada Allah SWT. Terdapat 7 sekatan di titian sirat dan pemereksaan terhadap amal-amal manusia. Salah satu tersangkut maka perjalanan tak akan dapat diteruskan menuju syurga Allah SWT. Oleh itu beramalah dengan amalan-amalan yang ikhlas untuk mendapat rahmat dan kasih sayanag Allah SWT untuk memasuki syurga-Nya.


                                                        ~ PENERUS TAHTA ~

Seorang ayah Surya Back, kebetulan pengusaha kaya multi-usaha, menghadapi soal yang amat pelik. Siapakah yang harus dipilihnya menjadi President & CEO menggantikan dirinya memimpin kerajaan bisnisnya yang sudah dibangun susah payah lebih dari setengah abad?
Kini usianya sudah berkepala tujuh dan penyakit-penyakit tua sudah mulai menggerogoti dirinya. Ia tahu sebentar lagi dirinya akan mengikuti jejak nenek-moyangnya menuju lorong hidup manusia fana.
Anaknya tiga orang. Si sulung Dedi Wahyudi amat cerdas, meraih MSc. dan MBA luar negeri, ia berselera canggih, senang glamour, ambisius, dan punya pergaulan yang luas di kalangan jet set. Cuma Surya Back cukup khawatir karena Dedi Wahyudi. Singkatnya, ia cerdas, kreatif, namun lihai dan licin.
Si tengah Ija Norizan Ajja , lebih hebat lagi. Bergelar PhD. bidang kimia dari universitas beken di Amerika, ia lulus dengan predikat magna cum laude. Papernya bertebaran di jurnal-jurnal internasional. Bangga sekali hati si ayah yang cuma lulus SMP zaman Jepang. Dia dosen dan peneliti. Dan di perusahaan ayahnya dia menjabat sebagai Direktur Riset dan Pengembangan. Tetapi menjadi CEO, ia terlalu akademis.
Kurang cocok dengan bisnis mereka yang kini berspektrum sangat lebar.
Si bungsu Vika Lassak, cuma lulus S1 dalam negeri.
Meskipun sejak lima tahun terakhir ia bergabung dengan usaha ayahnya sebagai Direktur Grup Konsumer, tetapi ia memulai karirnya di perusahaan asing sebagai wiraniaga (marketing executive). Ia merangkak dari bawah hingga 15 tahun kemudian bisa mencapai posisi General Manager. Otaknya kalah brilian dibanding kedua kakaknya.

Meskipun cenderung hemat berkata-kata, namun ia menunjukkan bakat memimpin yang baik. Ia mampu mendengar dengan intens. Berbagai pendapat dan gagasan bisa diolahnya dengan dalam.
Gaya hidupnya biasa saja. Ia disenangi sekaligus disegani orang karena sikapnya yang fair, jujur, dan mampu merakyat dengan para bawahannya.

Nah, jika Anda adalah konsultan independen, siapakah pilihan Anda menggantikan sang patriarch menjadi President & CEO?
Saya bertaruh, sebagian besar Anda akan menominasikan si bungsu.
Dan Surya Back juga demikian. Masalah ini menjadi pelik, karena menurut adat-istiadat, si sulunglah pewaris takhta. Dan, ia sangat berambisi untuk itu. Sedang si bungsu, selain paling terakhir,
Bagaimana jalan keluarnya?
Konsultan angkat tangan.
Rujukan buku teks tidak ada. Sang patriarch akhirnya hanya bisa mengandalkan wibawa dan hikmatnya sebagai ayah. Lalu dipanggilnya ketiga anaknya.
Dibentangkannya persoalan secara gamblang.
Diuraikannya plus-minus setiap anaknya. Dianalisisnya kemungkinan sukses masing-masing
memimpin grup usaha itu menuju milenium ketiga.
Dialog pun dimulai.
Dan si ayah segera maklum, dead lock akan terjadi.

“Sudahlah, aku akan memutuskan sendiri siapa penggantiku,” kata Surya Back akhirnya. Ketiganya takzim menurut.
Seminggu kemudian, Surya Back datang dengan sebuah ujian.
"Barangsiapa bisa mengisi ruang ini sepenuh-penuhnya, maka dialah penggantiku,” katanya sambil menunjuk ruang rapat yang cuma terisi empat kursi dan sebuah meja bundar. “Budget maksimum Rp1 juta,” tambahnya lagi.
Kesempatan pertama jatuh pada si sulung Dedi Wahyudi. Enteng, pikirnya.
Besoknya, dipenuhinya ruangan itu dengan cacahan kertas berkarung-karung. Dan memang ruangan itu menjadi padat.

“Bagus, besok giliranmu,” kata si ayah kepada anak keduanya.
Duapuluh empat jam kemudian, ruangan itu pun dipenuhinya dengan butiran styrofoam yang diperolehnya dengan menghancurkan bekas-bekas packaging.

“Oke, besok giliranmu,” kata sang patriarch menunjuk Vika Lassak.
Esoknya, ketika acara inspeksi dimulai, ternyata ruangan masih kosong.
“Lho, kok kosong?” tanya ketiganya hampir serempak. Sang putri diam saja. Dimatikannya saklar lampu. Dari sakunya dia keluarkan sebatang lilin. Ditaruhnya di atas meja.
Lalu disulutnya dengan sebatang korek api.

“Lihat, ruangan ini penuh dengan terang. Silahkan dinilai, apakah ada celah kosong tak tersinari,” katanya kalem.
Tak terbantah siapa pun, dia dinyatakan menang dan Vika Lassak pun berhak menduduki kursi tertinggi. Problem solved.
Kualitas yang ditunjukkan sang ayah dan putrinya adalah apa yang disebut sebagai hikmat. Ciri utama orang berhikmat (wise person) ialah kemampuan memecahkan masalah secara genuine dan memuaskan. Ini selaras dengan Jerry Pino yang merumuskan hikmat sebagai kemampuan membuat the best decision at any given situation.
Pintar, di pihak lain, adalah kemampuan mencerna dan mengolah informasi secara cepat. Ciri-cirinya, rasional, metodik, linier, dan analitik. Kepintaran umumnya diperoleh dengan olah otak sampai botak.
Dari dulu botak memang ciri orang pintar.
Tetapi hikmat (wisdom) tidak hanya memerlukan olah otak tetapi terutama olah hati. Jarang kita sadari, hati kita sebenarnya bisa berpikir. Dalam tradisi literatur kuno, terutama kitab-kitab suci, hati adalah lokasi kebijaksanaan, hikmat dan kepandaian. Lebih spesifik, hati adalah access point kita kepada the higher knowledge, yakni kepada Tuhan sendiri. Dalam arti ini, orang bijak selalu berkonotasi orang alim dan saleh.
Kini, ketika rasionalisme warisan Descartes dan Immanuel Kant menjadi panglima, kebijaksanaan yang berasal dari hati (nurani atau suara hati) cenderung dinomorduakan. Yang utama adalah kepala. Dunia politik, bisnis dan kemasyarakatan kita kemudian didominasi oleh para pakar dan teknokrat bergelar master, doktor, dan profesor
Semoga Bermanfaat dan bisa diambil hikmahnya.

                      
 
                                                         BERSYUKURKAH KITA?





Bismillahirrahmaanirrahiim...
Assalamu'alaikum Warrahmatullahi Wabarrakatuh...
Huzaifah bin Yaman r.a meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, "Apabila seorang mukmin bertemu dengan seorang mukmin yang lain, hendaklah dia memberi salam kepadanya dan berjabat tangan (untuk bersalam), dosa-dosa mereka berguguran seperti daun-daun berguguran dari pohonnya." Hadis Riwayat Tabarani
.

 SEMBAHYANG ?

Jabir melaporkan, “Rasulullah berkata, 'Sembahyang lima waktu umpama sungai yang mengalir deras di hadapan rumah saudara, tiap-tiap hari saudara mandi di dalamnya lima kali.” – Riwayat Muslim
[Sumber: Riyadus Solihin │ Bab 51: Mengharap Kasih Sayang Tuhan]


 



                                              SIAPA Dr.Abdullah Nasih Ulwan??

Yang meminati buku tarbiah dan perbincangan permasalahan moden sudah pasti baginya tidak asing dengan tokoh ini. Setiap tulisan yang dihasilkan oleh beliau bukanlah sekadar tulisan biasa, ianya adalah tulisan yang lahir dari hati yang ikhlas kepada Allah, tulisan yang mempunyai nilai tarbiah yang sangat tinggi.Salah satu karyanya yang agung adalah Kitab Tarbiyatul Aulad Fil Islaam.Buku ini telah dicetak beratus-ratus kali dan mempunyai begitu banyak edisi seluruh dunia.Dalam edisi Malaysia ia dipanggil 'Pedoman Pendidikan Anak Dalam Islam.'
Mempunyai matlamat yang besar dalam bidang penulisan. Dr. Yusuf al Qaradhawi menyatakan bahawa Dr. Abdullah Nasih Ulwan adalah seorang ulama yang sangat dikagumi dari sudut perjuangan dan tulisannya, apa yang ditulis menggambarkan peribadinya yang sangat luhur dan murni.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan dan muamalat sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Selain dari menyampaikan risalah Islam di seluruh pelusuk Madinah Halb, beliau juga menjadi tumpuan untuk mengubat pelbagai penyakit dengan ramuan akar kayu yang dibuat sendiri. Ketika merawat pesakit, lidahnya sentiasa membaca al Quran dan menyebut nama Allah. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (‘murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.
Pendidikan
Dr. Abdullah Nasih Ulwan mendapat pendidikan peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halib. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru yang mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Beliau sangat cemerlang dalam pelajaran dan sentiasa menjadi tumpuan rujukan rakan-rakan di madrasah, beliau juga seorang yang aktif dalam persatuan dengan berkebolehan berpidato dan mengetuai skuad penerbitan yang bertanggungjawab menerbitkan sebaran ilmiah kepada masyarakat sekitar.
Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat berani pada kebenaran serta mempunyai kemahiran dalam pergaulan dan dakwah. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.
Pada tahun 1949 beliau memperolehi sijil menengah agama yang melayakkan beliau melanjutkan pelajaran di salah sebuah pusat pengajian di Mesir dalam bidang Syariah Islamiah.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan memasuki Universiti al Azhar pada tahun berikutnya dan memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952, seterusnya beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri Majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedortoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “feqh Dakwah wa al Daeiah”.
Perkhidmatan
Dr. Abdullah Nasih Ulwan memulakan khidmat sepenuh masa sebagai pendakwah setelah pulang dari al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai matapelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan. Seterusnya matapelajaran Tarbiah Islamiah ini menjadi matapelajaran teras yang wajib diambil oleh penuntut-penuntut menengah di seluruh Syria. Beliau telah meletakkan matlamat perguruan sebagai senjata tarbiah yang sangat berkesan dalam mendidik generasi negara akan datang. Prinsip yang digunapakai ialah guru sebagai ibubapa kepada pelajar, mendidik mereka seperti mendidik anak-anak sendiri. Beliau telah meletakkan matlamat yang sangat tinggi dalam pendidikan, iaitu membawa dan membimbing pelajar ke arah mencintai Islam dan beramal dengannya serta sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangkan Islam.
Semasa menjadi guru di kolej berkenaan, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah menerima pelbagai jemputan menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat, di samping menjadi pensyarah jemputan di beberapa buah Universiti di Syria. Tidak pernah mengenal penat dan letih untuk menyebarkan risalah Allah. Sepenuh masanya diberikan untuk dakwah Islamiah. Masjid-masjid di Daerah Halb sentiasa melimpah dengan orang ramai yang datang untuk mendengar kuliahnya, di mana sahaja beliau pergi menyampaikan ceramah dan kuliah pasti dibanjiri ribuan manusia. Masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahun dan tarbiah Islamiah akan menjadikan beliau sebagai tempat rujukan.
Dr. Abdullah Nasih Ulwan turut berjuang menghapuskan fahaman jahiliyyah dalam pemikiran masyarakat dengan suluhan cahaya hidayah rabbani. Beliau telah menggunakan Masjid Umar bin Abd Aziz sebagai markaz tarbiah generasi pemuda di Syria. Kuliah yang disampaikan di masjid ini ialah Feqh, Tafsir dan Sirah. Di samping memberi kuliah pengajian, Dr. Abdullah Nasih Ulwan telah mendidik pemuda-pemuda dengan kemahiran pidato dan penulisan serta kemahiran uslub berdakwah.
Hasil daripada tarbiah ini, lahirlah ratusan generasi muda yang berakhlak mulia dan menjadi agen penggerak dakwah Islamiah di Syria.
Walaupun sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di merata tempat, Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga sangat dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai seorang yang berbudi luhur. Menjalinkan hubungan baik sesama anggota masyarakat dan sentiasa menjalankan khidmat masyarakat apabila diperlukan. Beliau juga mempunyai hubungan yang sangat erat dengan ulama-ulama Syria serta menganggotai Majlis Ulama Syria. Beliau sangat dihormati di kalangan mereka.
Sesiapa sahaja yang menelusuri denai dakwah Islamiah pasti akan diuji oleh Allah, ujian untuk membuktikan kebenaran dakwah yang di bawa serta menambahkan keyakinan dan pergantungan yang utuh hanya kepada Allah. Allahlah yang berhak memberi nusrah kepada sesiapa yang dikehendaki. Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga menerima ujian ini, sehingga memaksa beliau meninggalkan Syria pada tahun 1979 menuju ke Jordan.
Semasa di Jordan beliau terus menjalankan peranan sebagai daei. Menyampaikan kuliah dan syarahan di merata tempat. Menerima undangan di masjid-masjid, perayaan hari kebesaran Islam dan ceramah umum.
Beliau meninggalkan Jordan pada tahun 1980 setelah mendapat tawaran sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz, Jeddah, Saudi. Beliau menjadi pensyarah di Universiti berkenaan sehinggalah beliau bertemu dengan Allah (wafat).









MAKLUMAN KEPADA YANG BELUM MENGETAHUI 
Assalammualaikum wbt.
Acapkali penceramah hendak memulakan majlisnya disunatkan mereka memulakan muqaddimah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya segala puji itu hanya untuk Allah, tempat kami memuji dan memohon pertolongan, tempat kami meminta hidayah dan ampunan.
Kami berlindung kepada Nya dari kejahatan nafsu nafsu kami dan dari keburukan perbuatan perbuatan kami.
Barangsiapa yang telah diberi hidayah olih Nya, maka ia tidak akan tersesat, dan barangsiapa yang telah disesatkan olih Nya, maka ia tidak akan memperolih hidayah Nya.
Kami bersaksi, bahawa tidak ada Ilah yang patut untuk disembah kecuali Allah, Rabb Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Nya.
Serta aku bersaksi bahawa Nabi Mohammad adalah nabi dan utusan Nya.
Selawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada beliau Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, keluarga dan para sahabatnya”.
  
                                    






                                                                    Kisah yg Menarik!

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli2 kubur pakat kais2 rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan utk bertanyakan kpd org tua tersebut.
Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais2 rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.
Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut.Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan utk berjumpa dgn pemuda tersebut.
Wali: Assalaamualaikum org muda, saya ada beberapa soalan utk org muda.
Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh . Apakah soalannya itu?
Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kmpung ini?
Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.
Wali: Aku terlihat ayah mu dlm mimpi ku, beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging Aku membaca Alqur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kpd ayahku.
Kenapa ahli kubur yg lain sedang mengais2 rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias2 doa yg didoakan oleh org ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua td hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas utknya.
Pesanan: Berbanyakkan berdoa utk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita utk kesenangan mereka di alam barzakh . Doa seorang anak kpd org tuanya, akan terus sampai kpd ibu bapanya




                       PERMUDAHKAN GOLONGAN YANG HENDAK BERDAKWAH

Assalammualaikum wbt.
Muslim sejati akan sentiasa menolong Allah Taala dan rasulNya. Ini adalah keyakinan bahawa Allah akan memberi pertolongan kepada mereka dan ia pasti akan datang jua.
Golongan yang menegakkan agama, kita kena pakat tolong. Ramai pendakwah dan ustaz2 yang memberi ceramah, membaca kitab2 di masjid dan surau2, berilah kemudahan pada mereka untuk berdakwah, jangan menyusahkan mereka.
Sepatutnya pemerintah berterima kasih kerana usaha menyebarkan ilmu agama, mereka sama2 pakat ambil tanggung jawab tersebut.
Bab tauliah ini bagus juga untuk memantau kegiatan mereka tetapi jangan pula memilih bulu. Mereka yang berkelulusan, memadailah itu sebagai tauliahnya, pantau saja jika membawa ajaran sesat.
Ini tidak, bila kena batang hidung terus saja ambil tindakan dengan menarik balik tauliah. Bekas mufti pun turut sama diambil tindakan jika tidak ada tauliah.
Nampak benar hasrat memantau pendakwah ini, niatnya tak berapa nak betul dan tersasar.
Lihat jer arahan: “mana2 kelas agama yang buat dirumah hendaklah ada tauliah dan tuan rumah akan dikenakan tindakan jika tidak menepati syarat Jabatan!!”.Tujuan hanya hendak menakutkan rakyat untuk tidak memberi kerjasama dengan pendakwah2.

Mohd Qutub berkata “ Jika menyebar agama memerlukan kepada persetujuan maka Islam tidak akan tersebar”.
Wallahu’allam.






PINTU TAUBAT?

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Pintu taubat masih terbuka bagi yang ingin mendapatkan syurga di akhirat kelak.Beramallah sebelum terlambat,dunia hanyalah sementara.Syurga mempunyai pelbagai nikmat yang akan diberikan kepada orang yang beriman


KETAHUILAH ~ 






BYE TATAAAAAA